
MARKET VALUE adalah nilai kereta kita mengikut harga pasaran ketika pembaharuan insurans / takaful dibuat. Jadi jika kita menginsuranskan kenderaan kita pada harga pasaran, kita akan dibayar pampasan mengikut harga pasaran ketika berlakunya kemalangan, kecurian atau kebakaran.
CONTOH :
Insurans / takaful kita tamat pada bulan Disember 2016. Semasa renew insurans/ takaful, harga pasaran kereta Honda City kita berusia 3 tahun pada ketika itu adalah RM45,000. 10 bulan kemudian, kereta kita dicuri dan kita hendak membuat claim insurans. Oleh sebab 10 bulan telah berlalu, nilai kerta kita telah susut. Kini nilai pasaran bukan lari RM45,000 tetapi RM42,500. Maka, kita akan diberi pampasan sebanyak RM42,500 sahaja dan bukan RM45,000.