Mengenai Kami

Kenali Team Roadtax Online (TRON)

Kami komited bantu rakyat Malaysia renew roadtax secara online dan hantar terus ke lokasi pelanggan kami.

welcome

Pengasas Team Roadtax Online (TRON)

Pn SYUHAIDAH SUKOR , merupakan graduan dari UiTM (degree) dan UKM (MBA) tidak pernah terpikir untuk menceburi bidang perniagaan insuran/takaful. Semuanya bermula pada tahun 2010 setelah pemergian ayahanda tercinta dimana beliau telah berjaya menguruskan tuntuan pampasan (claim) bagi pihak keluarganya. Menyedari akan kepentingan insurans/takaful nyawa, beliau mula terlibat aktif di dalam industri ini dan turut sama turun padang bagi melakukan aktiviti pemasaran dan jualan.

Tanggal 16 April 2012, beliau diuji dengan kebakaran rumahnya yang telah menyebabkan kehilangan harta benda. Sungguhpun tiada kemalangan jiwa terlibat, Bonda yang disayangi telah mengalami trauma akibat kebakaran tersebut. Ini menyebabkan beliau tekad untuk memulakan satu perniagaan yang boleh dijalankan secara atas talian sahaja. Tujuanya ialah supaya bonda yang dicintai dapat selalu berada di depan mata. Maka datanglah idea untuk menjalankan perniagaan insurans kenderaan di atas jenama insurans takaful & roadtax online secara atas talian (online) yang beroperasi dari rumah sahaja.

Akhir tahun 2017, beliau mulai melihat potensi perniagaan ini untuk berkembang lebih maju. Dari situ, bermulalah perjalanan Pn Syuhaidah dengan mencari premis perniagaan dan memulakan operasi perniagaannya di UTC KERAMAT MALL pada awal tahun 2018. Lokasi premis yang dipilih adalah berhampiran dengan kediamannya keluarga beliau. Pada masa yang sama beliau mula membuka peluang dengan pengambilan ejen di Seluruh Malaysia yang bergerak atas jenama TEAM ROADTAX ONLINE yang juga dikenali sebagai TRON. Penjenamaan ini adalah hasil dari cadangan suami beliau yang menjadi salah seorang tulang belakang dari perniagaan yang beliau ceburi.

Tahun 2020, kesan daripada pandemik wabak Covid-19 disaat Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), situasi ini telah mencetuskan ilham buat Pn Syuhaidah untuk memperkasakan “Sistem Ejen” yang menumpukan 100% kepada sistem pembangunan ejen. Beliau memastikan ejen-ejen dibawah beliau mempunyai ilmu yang cukup berkaitan dengan insuran takaful & roadtax kenderaan yang terbukti telah membantu ejen menambah pendapatan mereka.

Bermula pada awal 2021, beliau memlulakan kempen “RENEW DENGAN TRON, RENEW DENGAN ILMU”. Kempen ini telah menjadi nadi penggerak kepada lebih 200 orang ejen di seluruh Malaysia yang komited untuk menyampaikan info/tips berkenaan insurans & roadtax kenderaan. Beliau percaya setiap pelanggan berhak untuk mengetahui produk insurans kenderaan yang mereka piliih sebelum membuat keputusan.

Selain dari itu, mereka yang berminat menjalankan perniagan secara online untuk menambah pendapatan sampingan juga sangat digalakkan untuk menyertai team Ejen ini kerana jenama TRON kini mula menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk memperbaharui insurans dan roadtax kenderaan secara online khususnya. In Sha ALLAH.

Siapa Kami?

Team Roadtax Online – TRON merupakan Jenama yang boleh dipercayai bagi tujuan pembaharuan (renew) insurans & roadtax kenderaan secara online khususnya .Ejen kami di seluruh Malaysia komited dalam menyampaikan INFO & TIPS terkini mengenai insurans & roadtax.

VISI

1- Platform No 1 Rakyat Malaysia untuk mendapatkan Informasi berkaitan Insurans & Roadtax Kenderaan

MISI

2- Melahirkan 1000 orang EJEN TRON pada tahun 2025 di seluruh Malaysia yang mempunyai ilmu dan berpengetahuan luas dalam bidang insurans & roadtax kenderaan

PENGURUSAN KAMI